Mengapa Perlu Menyusu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Bayi?

SUMBER DARI BUKU PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BERKERJAYA

 
Faedah-Faedah Susu Ibu Untuk Bayi.
  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Mengelakan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurankan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak2.
  8. Menggalakan tumbesaran.
  9. Penghadaman yang mudah.
Faedah2 Susu Ibu Untuk Ibu.
  1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan
  2. Menegeratkan kasih sayang ibu dan anak.
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakan kelahiran.
  5. Menjimatkan masa dan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan.
Kepentingan Penyususan Sepenuhnya (Eksklusif). 
  1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu.
  2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi.
  3. Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnye 8-12 kali sehari.
  4. Antibodi dalam susu ibu memberikan perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.
  5. Mengurangkan alahan.
  6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu.
  7. Mengelakan bengakak payudara.
  8. Mengeratkan kasih sayang.
Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan.
Penyusuan susu ibu hendakalh dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu pada bila2 masa  dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payudara,  susu berlebihan).

 
Persediaan Untuk Memerah Susu.
  1. Ibu perlu bersedia dari segi psikologi:
  • perlu yakin
  • kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
  • perlu fikirkan perkara yang indah tentang bayi
   2.    Ibu perlu bersedia secara praktikal:
  • bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
  • lihat gambar, video atau suara rakaman bayi.
  • minum minuman suam yang melegakan
  • tuam atau urut payudara
  • dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2-3 minit.
Memerah Susu Dengan Pam
Jika anda memilih kaedah memerah dengan pam gunakanlah pam yang :
  • Mudah dibawa, diguna, dibersih dan mempunyai bahagian2 yang mudah disterilkan.
  • Merangsang penghasilan susu dan dapat mengepam keluar susu sepenuhnya dari payudara.
  • Tidak memberi kesakitan kepada payudara.
  • Pam yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan situasi tempat kerja anda.
Macam saya saya gunakan Spectra 3 selesa, sesuai dengan budget saya, x sakit, jimatkan masa dan dapat hasilkan stok susu yang banyak untuk baby.

 

 

Cara Penyimpanan Susu Perahan Untuk Bayi Normal
Suhu Bilik
  • suhu 25C - 37C   -  4jam
  • suhu 15C - 25C   -  8jam
Peti Sejuk Rak Atas
  • suhu 2C - 4C  -  3-5 hari
  • <5hari masuk freeze
Peti Sejuk 1 Pintu (bahagian beku)
  • 2minggu
Peti Sejuk 2 Pintu (bahagian beku)
  • 3 bulan
Susu Beku yang Dicairkan Dalam Peti Sejuk (rak atas)
  • 24jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)
Peti Sejuk (deep freeze)
  • 6 bulan
Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan
  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah.
  • Letakan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
  • Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur.
  • Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1jam (tidak boleh disimpan semula).
  • Susu yang telah dibekukan akan menampakan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan perlahan - lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
  • Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan.
Kekerapan Penyusuan
  • Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya " on demand".
  • Sentiasa bersama bayi (rooming - in) supaya boleh menyusukannya denagan kerap.
  • Perah susu ibu sekiranya berlaku perpiasahan sementara.
  • 2-7 hari pertama susukan lebih kerap. Bayi kecil yang tidur lebih dari 2-3 jam harus digerakan untuk disusukan.
  • Bayi yang sudah biasa (lebih besar) - 8-12 penyusuan/24jam.
Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu
  • Bayi berhenti menghisap sendiri.
  • Penyusuan kerap (8-12 kali dalam masa 24jam).
  • Dengar bayi menelan.
  • Buang air kecil lebih 6 kali dalam masa 24jam.
  • Kerap membuang air besar lebih 6 kali dalam masa 24jam.
  • Kerap membuang air besar adalah normal (4 - 8 kali dalam masa 24 jam).
  • Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat.
  • Payudara penuh sebelum menyusu dan lembut selepas menyusu.
Tips Penyimpanan Susu Optimum
  1. Ditempat Kerja:
Simpan susu perahan dibahagian sejuk petia ais (jangan dibekukan).
Rasional : Untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan

2.   Sampai Di Rumah
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk digunakan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya dibahagian beku peti ais

3.   Pengurusan Bekalan susu:
Pada setiap hari, ambil satu susu beku (yang bertarikh paling lama), bawa turun ke bahagian peti ais untuk dibiarkan mencair semalaman. Gunakan keesokan harinya bersama susu segar dibahagian sejuk peti ais.
Rasional : bayi akan dapat memperolehi semaksimum mungkin susu perahan segar pada setiap hari dan hanya sedikit sahaja susu simpanan beku. 

4 comments:

noratahir said...

amik dari buku penyusuan??? huhu

Tanti Mohd Din said...

hihi... tau xpe...

pearl said...

Selamat menyusukan yer..biar tasnim dapat haknya dan jadi anak yang chat ceria dan cergas..

pearl said...

Selamat menyusukan yer..biar tasnim dapat haknya dan jadi anak yang chat ceria dan cergas..